Thursday, 24 March 2011

Lompat Bintang Pergi Cloudnine!

hebat tak? dalam 1hari 3entry ai buat. hebat ouh hebat! ini pertama kali. hihihi! ouh seriyes malam ini ai memang sangat happy. hebatlah perasaan happy ai malam ini. sampai rasa mahu lompat lompat bintang pergi cloudnine sana kemudian berehat rehat sementar relax relax dulu sambil baring baring atas awan sambil goyang goyang kaki kemudian senyum senyum kemudian cakap syukur YaAllah. semoga perasaan itu akan terus kekal dan semakin bertambah saban hari nanti. ameen.

sudah lama rasa tak happy macam ini tahu. asyik sedih. asyik menangis. sekejap tenang. kemudian tertekan semula. orang yang bertanggungjawab membawa rasa bahagia dan gembira dan tenang dalam hati ini adalah dia PuanEmak. yes PuanEmak. ouh sekejap ai kenalkan siapa dia PuanEmak. jangan keliru. PuanMama dan PuanEmak adalah 2orang yang berbeza.

PuanMama adalah beliau ibu ai dunia akhirat. dari rahim beliau ai keluar. dari susah payah beliau ai membesar. yea iya dalam bahasa mudah ibu kandunglah. haish. PuanEmak pulak adalah tempat ai menumpang kasih dan sayang sebagai seorang orang asing dalam hidup dan jugak semua ahli keluarganya d sana. tapi! ada tapi ok. sekarang dalam saat saat tak berapa nak pasti PuanEmak cakap apapun yang jadi ai tetap anak beliau. YaAllah terharunya. terima kasih PuanEmak.

lama ai diam. lama ai menghilangkan diri. kali terakhir ai dengar suara beliau sebelum ai berangkat pergi ke Hanoi november tahun lepas. balik sini ai sibuk dengan kerja kemudian sakit. sampailah semalam rindu ai dah tak boleh tahan. macam biasa nak tekan nombor dekat telefon rasa haih sungguhlah berat hati sebab kalau beliau ada d depan mata konfem dah menangis nangis dah. yang pastinya melalui orang tengah ai sampaikan khabar tentang diri ai. dengan harapan PuanEmak faham.

bangun pagi tadi aih ada nombor telefon asing sudah termisscall. dan macam biasa sejak ai sakit memang ai tak akan jawab kalau nombor asing yang menjerit jerit dekat henfon ai. haruslah orang orang mesej ai dulu bagitahu siapa dia kemudian baru ai jawab. ai terpaksa sebab kena berjaga jaga. tak mahu kesakitan lama itu berulang lagi. sangat menakutkan.

tadi sedang kalut mahu tunaikan solat maghrib sekali lagi nombor yang sama menjerit jerit dekat henfon. haruslah mintak tolong CikAdik ai yang jawab. kemudian terus hati menjerit PuanEmak! rindunya! sungguh terharu. PuanEmak minta nombor henfon ai dari orang tengah sebab beliau risaukan ai selepas tahu ai sakit. YaAllah ai sayang beliau. sampai mati beliau jugak ibu kesayangan ai. puas bersembang itu ini. lega hati. PuanEmak sangat ok. sayang beliau! PuanEmak oh PuanEmak. nanti kita jumpa lagi. tunggu ya. doakan yang terbaik untuk anak PuanEmak yang satu ini.

ouh mesti ada yang tertanya tanya kalau PuanMama itu adalah ibu kandungnya ai jadi siapa beliau PuanEmak? PuanEmak adalah ibu kepada BekasKesayangan ai. yes! sampai ke saat ini PuanEmak tetap PuanEmak ai. walau hubungan itu sudah berakhir. PuanEmak cakap kalau pun mungkin Allah tetapkan dia bukan jodoh ai maka anggaplah dia sebagai abang atau adik ai. aish PuanEmak mana boleh abang atau adik. kami jadi kembarlah. kami kan punya sama umur.

No comments:

Lilypie First Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers