Thursday, 17 March 2011

Jalan Jalan Makan Angin ~ Toys Museum + Feringghi Beach Penang. Hoyeah!

hoyeah! memang hoyeah! sebab lately ai dah semakin rajin untuk update belog ai. yeay! clap untuk diri sendiri. ai update update dan update tapi ai belum ada mood untuk update cerita tunang tunang ai kan? gila kejam kan ai nih. eheee!

sehari lepas selesai majlis tunang tunang ai, ai bawa kawan baek kesayangan ai aka CikAkakCheNor pergi jalan jalan sebagai tanda ai sangat sangat menghargai susah payah penat lelah kesanggupan beliau berkorban kudrat datang dari shah alam nun jauh d sana semata mata untuk menghadirkan diri beliau untuk menemani sahabat tercinta beliau aka adik tercinta beliau yang seorang ini dan memeriahkan majlis ai. terima kasih berjuta juta lemon sayang! ai love yu banyak banyak lah sayang!

jadi pada 20haribulan Februari 2011 ai dan EncekJantungHati dengan gembiranya bawa CikAkakCheNor kesayangan ai makan angin d pulau. untuk beliau mengimbau kenangan kenangan manis bertahun tahun yang dulu. ouh yea ada ai cakap yang beliau pernah menjadi warga Penang sebab beliau pernah belajar d UITM Penang. yeay! rindu UITM Penang.


~welcome! welcome! nak masuk seorang kena bayar RM10.00. mahal betul!~


~grrr! pening kepala ai tengok banyak sangat anak patung barbie comel keliling ai~


~ouh yeah! ai sangat teruja sebab ada robot besar!~


~aiseyh! diorang nih berangan habis.~


~CikAdik ai memang dari dulu gilakan tazmania. teruja habis dapat jumpa tazmania~


~bini ninja turtle yang pertama~


~bini ninja turtle yang kedua~


~sesi santai dekat pantai. teruja CikAkakCheNor jumpa pasir pantai sampai tak layan camera~


~jenuh CikAdik ai merengek rengek semata mata nak naik mende alah ni~


~erk! ai takut dia berani lebih pulak!~



~okey dah selamat nak mendarat ke tanah semula~

sebenarnya banyak lagi gambar gambar yang termuak muak hari itu. selebihnya ai upload dalam fesbuk aja. tak larat lah nak upload dekat sini semuanya. jenuh nak tunggu. nasiblah baik ada henfon murah ai dengan camera yang boleh tahan. tsk! tsk! kesian dekat ai kan sebab tak ada dg cam dah. dg cam ai yang lama sudah selamat rosak sebab jatuh masa ai pergi bercuti dekat Hanoi dulu.

terima kasih kepada EncekJantungHati ai sebab dia lah cameraman kami bila semua pun pakat nak bergedik gedik ala ala model dan tak ada siapa siapa lagi yang mahu pegang camera dan menjadi tukang tangkap gambar. nasib baiklah dia sangat memahami bahawa ai dan manusia manusia sekeliling ai juga adalah cameraholic. ekekekeke!

3 comments:

εїз Cik Fasya εїз said...

wah..ade idea bagus neh..ade new place nk g bjalan2.tq syg!

mcm best je tmpt neh..nak2 MAO suka toys..

♣dya aien♣ said...

CHACHA:
meh la cni..
nnt kita leh jumpa..
hikhikhik..
bagus bagus..
da ade geng yang suka toys jugak.. :p

Farhana said...

Best giler!