Monday, 25 April 2011

Jalan Jalan Makan Kenduri ~ Dewan Jubilee Penang.

hai. ini cerita hari sabtu tapi sekarang baru nak buat entry. konon konon sibuklah sangat. kalau tak kerana paksaan TuanAbah tidaklah ai rajin nak pergi. dulu masa budak budak seronoklah melompat lompat yeay yeay yeay nak pergi kenduri. sekarang rasa macam errr segan segan pun ada. gatal siot! hahaha!

ini sebenarnya kenduri ermmm bolehlah d katakan saudara mara TuanAbah. itupun lepas sedap sedap makan kenyang kenyang semua baru tahu. masa salam dengan tuan rumah konfemlah ai senyum senyum aja takkan nak tanya makcik ini siapa ya? ishy buruklah perangai. seriyus ramailah saudara mara bau bau bacang durian mempelam yang lansung ai tak kenal tak tahu menahu dan segala tak lagi berkumpul. ai cuma tengok aje TuanAbah dan PuanMama bersembang potpetpotpet.

sebenarnya apa yang menarik perhatian ai pada kenduri tersebut adalah seragamnya warna tema. bermula dari pelaminan indah sampai ke meja santapan pengantin sampai ke doorgift untuk tetamu sampai ke warna baju untuk setiap ahli keluarga pengantin tak kiralah yang tua muda kecil besar sampai ke baju bajuan untuk orang yang marhaban sampai ke air minuman semuanya biru!

fuhhh! bersatu hati sungguh ouh. bangga ai tengok. almaklumlah semangat kekeluargaan dalam diri ahli keluarga sanak saudara sedara mara ai lansung sudah hilang. jadi bila tengok teguhnya hati mereka bersatu ouh bahagianya rasa. kenduri dekat dewan. pakai sistem buffet dari katering saja. tapi yang lain lain semua ahli keluarga bergotong royong. makcik makcik pakcik pakcik adik kakak abang tolong menolong sebagai penjaga lauk pauk sebagai pemberi doofgift dan dalam baju baju lawa mereka lansung tak kekok nak tolong kemas kemas meja.

haaa bagus kan? tak adalah pula ai tengok ada yang duduk melepak saja. tak adalah pula ai nampak saudara mara terdekat pengantin berbaju biru datang macam tetamu makan kemudian balik. tak adalah pula ai perasan sesi sesi bermasam muka arah mengarah kutuk mengutuk kata mengata. phewww what a really nice harmony family. seronok betul. oke lah. cukup cukup. jom layan gambar yang sempat ai snap.


~nasi dan lauk kenduri bersama air biru dan doorgift~


~TuanAbah PuanMama CikAdik ai bantai minum teh tarik ni berkali kali. katanya sangat sedap~


~tadaaa! pelaminan indah dengan meja santapan raja dan ratu sehari~


~favourite pic of the day! mesti anda fikir ai tengah marah budak budak tak berdosa tu kan?~


~haha! mana ada marah. ai sweet lah orangnya. ai panggil mereka untuk bergambar sebenarnya. sempat pula aksi adegan ala ala mak tiri tengah marah tersebut d candid. isk isk isk~

2 comments:

fynahere said...

wah hari biru!

♣DYA AL-AIEN♣ said...

FYNA:

yup..yup..
hari biru..
sejuk mata memandang.. :)

Lilypie First Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers