Sunday 3 April 2011

Lepas Udang Lepat Pula.

aah! hobi ai memang makan. asyik makan aje! tapi badan sama jugak. jangan haraplah mahu dapat 40kg walaupun asyik makan makan dan makan. paling hebat pun rekod ai cipta cumalah 38kg sahaja. kesian diri sendiri. tapi kembung jugaklah pipi lengan dan montot sebentar waktu itu. hahaha!

ok sambung semula cerita. semalam bakal PuanEmakInLaw datang melawat bakal MenantuMonsterComel beliau. hahah! pertama kali berjumpa dalam keadaan tidak formal. rasanya ini yang ketiga kali. pertama kali semasa hari merisik khabar dulu. kedua kali semasa hari bertunang. dan ketiga kali adalah semalam. jadi sesungguhnya ai memang tidak pernah kenal bakal PuanEmakInLaw ai secara personally. seriyus ai takut jugak. takut sebab takut takut lah kalau beliau garang. phewww! haru kepala otak ai sekejap kalau dapat yang skema skema berprotokol bagai. jenuh! apa yang ai kenal beliau selama ini cumalah dari apa yang EncekJantungHati ceritakan.

untuk pengetahuan umum rumah ai dan rumah PuanEmakInLaw ai cumalah 5minit sahaja ye. paling koman pun 10minit sebab kena lepas lampu isyarat. sangat dekatkan? tapi ai lansung tak pernah pergi melawat walau atas alasan kena hantar barang sekalipun. semua ai suruh PuanMama dan TuanAbah saja yang pergi. tambahan bakal PuanEmakInLaw sangat suka kucing dan ai dapat tahu dekat rumah beliau ada berbelas belas ekor kucing. lagi jangan harap ai mahu pergi. ai takut dan ai geli sungguh dengan makhluk bernama kucing ok.

perjumpaan untuk pertama dan kedua kali memang tak ada peluang untuk bersembang sembang bagai. semalam baru dapat duduk semeja. itu pun lepas beliau panggil ai duduk sebelah beliau. kalau tidak ai duduk diam diam atas sofa hujung sekali aje. dan sepanjang beliau dan EncekJantungHati ada semalam ai cumalah pendengar setia apa yang mereka bual bual kan dengan PuanMama. dan sesungguhnya ai sangat lega sampai tahap rasa mahu lompat lompat sebab bakal PuanEmakInLaw ai adalah seorang yang sangat sporting sangat selamba sangat peramah sangat pelawak sangat suka berceloteh sangat caring jugak dan sangat sangat lah. lega sungguh lega!

dan yang pasti baru ai confirm yang bakal PuanEmakInLaw ai bawak motor sangat laju. lebih laju dari EncekJantungHati ai. sungguh! ai sendiri pun tak percaya selama ini bila dengar PuanMama TuanAbah dan EncekJantungHati cerita. macam nak tercabut jantung ai tengok. sampai PuanMama cakap macam mana nak naik motor sekali kalau mereka nak pergi merayap dekat pasar pagi sama sama nanti. alamat kena mengucaplah sepanjang jalan. wakakaka! apa apa pun ai terharu! walaupun ai belum pernah tunjukkan ciri ciri bakal seorang menantu yang baik beliau sangat mengambil berat tentang ai rupanya. buktinya?


~tadaaa! lepat buatan bakal PuanEmakInLaw ai~

sobsobsob! terharulah sekejap bila dapat tahu beliau buatkan ini semata mata untuk ai bila beliau dapat tahu ai suka makan lepat dari EncekJantungHati ai. hari itu beliau usaha carikan ai udang lipan yang sememangnya susah mahu d cari sekarang sebab bukan musimnya. hari ini beliau buat makanan favourite ai pulak. hadoi. kena belajar untuk sayang beliau jugak sama macam ai sayang PuanMama dan PuanEmak. ai ada tiga wanita bergelar ibu dalam hidup ai sekarang. syukur Alhamdulillah YaAllah.

4 comments:

EB said...

Waa tahniah2..
Semoga berbahagia k...
Hehehe..

♣DYA AL-AIEN♣ said...

EB: timekaseh eyh..semoga awak pun bebahagia dgn Cik Awek awk jugak.. :)

Cik Fasyareena said...

wah...br kali ketiga ek.nti kena p amik ati sokmo la neh..hehe

awk,mmg nebes kot.fasya dl pun gtu jgk.tp bila da lama2,wase ok da.abah MAO pun jns sukaaa sgt wat lawak,sakat kite.adoi..

nway,nk amik ati anaknye,kena amik ati mak ayah dia jgk..hehe..tp tkt jgk kn..tkt cara kte xsama ngn cara dia..


awk,take care ye..

♣DYA AL-AIEN♣ said...

CHACHA:
dya bukan jek nebes tapi dya takut jugak..
ehehehehehe..
tapi nasib baek laaaaa mak nye sgt sporting.. ;p

Lilypie First Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers