Wednesday 27 April 2011

Terima Kasih Eyh Awak Si Anon!


sudah baca? urgh sentap pepagi baca comment panjang ala ala karangan upsr nih. but anyway terima kasih untuk awak SiAnon. do yu think ai will delete it after yu sudah susah payah fikir macam mana nak mengarang dengan sehabis baik untuk menasihati ai supaya ai sikit pun tak akan terasa hati? errr ai tak akan delete plus ai dah publish dah pun comment dari awak. jangan risau ai boleh terima teguran orang dengan baik. who ever yu are all ai wanna say is thanks so much for your awareness about me and my blog and my life.

errmmm macam mana yea untuk ai mulakan some simple explaination supaya awak faham keadaannya sekarang? takkan lah ai perlu ceritakan sedetailnya then baru awak takkan judge ai semudah itu? kalau boleh memang sudah lama ai ceritakan saja semuanya. but ada maruah pihak lain yang perlu ai jaga supaya tak ada nanti yang menyumpah nyumpah ai katanya menjatuhkan maruah mereka. ai lagi sanggup tanggung salah ai untuk diri ai sendiri berbanding d salahkan orang lain sebab bersalah kepada mereka. fahamkan?

macam inilah yea awak. kehidupan kita manusia atas bumi nyata semuanya berbeza jalan ceritanya. apa yang ai lalui saat ini mungkin awak tak laluinya. apa yang awak lalui dalam kehidupan awak mungkin ai pula yang tak rasainya. kan orang selalu cakap berat mata yang memandang berat lagi bahu yang memikulnya. awak mesti takkan pernah terfikir awak akan lalui apa yang ai lalui saat ini. jadi bersyukurlah kalau kehidupan awak sedang berjalan dengan baik sekali berbanding jalan cerita hidup ai.

kita manusia boleh judge dan jatuhkan hukuman dengan mudah untuk orang lain. tapi bila suatu masa nanti kita pula yang lalui benda yang sama mungkin saat itu kita akan tahu betapa peritnya keadaan orang yang pernah kita judge dan hukum 1masa dulu. awak jangan risau sebab sejujurnya ai sikitpun tak terasa hati apatah lagi rasa nak marah atau apapun. sebabnya saat ini apa yang ai lalui cuma ai dan Allah S.W.T saja yang tahu. plus orang orang sekeliling ai sendiri pun tak tahu sangat. sebab depan mereka semua ai sedaya upaya untuk tersenyum.

tahu tak apa yang paling susah untuk d cari dalam dunia kita hari ini? sahabat d waktu susah dan senang. tahu kenapa ai cakap macam ini? sebab ai ada ramai kawan. dan mereka akan cari ai bila mereka mahu menangis. sila bayangkan keadaan tekanan yang ai hadapi. hati ai menangis setiap waktu tapi apa yang ai mampu buat cumalah pendamkan saja. kalau kawan awak menangis sedaya upaya awak mahu temani dia tenangkan dia. tapi bila awak mahu menangis awak tak ada sesiapa. apa yea yang awak rasa? sebab itu ai luahkan saja apa ai rasa dekat sini. itu pun tak adalah ai tulis entry atau keluarkan gambar untuk tunjuk beriya iya ai menangis sampai merah mata ai. ai cuma kisahkan apa yang ai rasa apa yang ai teringat dan apa yang ada dalam hati ai. itu saja. dan itu sudah cukup mengjengkelkan awak yea SiAnon?

apa saja yang ai luahkan d sini adalah untuk tatapan ai dan juga my next generation dan sesiapa saja yang sudi baca. bukan untuk mengaibkan diri ai sendiri. dan bukan untuk minta simpati. sekadar mahu berkongsi pengalaman hidup ai. dan ai bernasib baik sebab ada awak SiAnon untuk menasihati ai. nantilah suatu hari nanti kalau ai boleh ceritakan semua yang ai lalui insyaAllah ai akan ceritakan. ada banyak draft dalam list of posts ai sekarang. semuanya tersimpan jadi draft aje tahu.

ai bukan malaikat. ai manusia biasa yang lansung tak sempurna. ai ada salah silap dan dosa ai sendiri. ai rasa tak perlu ai reka atau tulis cerita cerita yang cuma menampakkan kebaikan atau kehebatan atau kesempurnaan diri ai. ai ada sisi yang sempurna dan ai ada sisi yang lansung tak sempurna. tak perlu ai jadi hipokrit. dan siapa tahu mungkin setiap kisah kehidupan ai ini akan menjadi inspirasi kepada seorang manusia yang lain yang mungkin lebih derita hidupnya dari ai. semua itu tidak mustahilkan? lagipun ai rasa lagi bagus ai cerita tentang diri ai berbanding ai keluarkan entry marah marah orang itu ini maki hamun orang itu ini atau dengki berdengki orang itu ini.

kalau awak sudah punya emas agak agak nya kenapa awak masih pandang kepada white gold? ermmm ai sudah bertunang tapi kenapa agaknya ai masih hidup dalam kenangan silam? awak fikir ai sengaja sengaja mahu jadi macam ini? kalau ai sudah bahagia kenapa agaknya ai masih hidup dalam kenangan silam? kalau? semuanya sekarang adalah kalau? awak jangan risau. EncekJantungHati ai tahu kenapa ai jadi terlalu jujur dalam setiap perkara. ai cuba untuk tak menipu sesiapa pun. ouh yea persoalan awak kenapa ai bertunang jika masih mencintai dia yang dahulu? ai tak mahu bertunang. lansung tak mahu bertunang sebab ai rasa ai lebih perlu balas jasa PuanMama ai dahulu sebelum ai ada kehidupan ai sendiri. ada kisah d sebalik kisah pertunangan ai. mahu ai ceritakan?

SiAnon karangan ai lagi panjang dari karangan yu. agak agak yu sudi ke nak baca? ai harap tak adalah lagi judge yang negatif dari diri yu lepas baca karangan super panjang ai. seingat ai belum ada ai tulis ai masih cintakan BekasKesayangan ai lagi. yang ai tahu ai selalu cakap ai rindukan kenangan kenangan bersama dia dulu. sebab saat ini ai sudah tidak sebahagia dahulu apatah lagi segembira dahulu. dengan ini ai mohon jutaan maaf kalau setiap entry kisah hidup ai itu menyakitkan hati awak atau menimbulkan rasa kurang senang atau menimbulkan rasa benci dan marah kepada ai.

sekali lagi jutaan terima kasih untuk nasihat awak. ai hargainya dengan sebaik mungkin. dan jujur ai tak simpan dalam hati atau marah. ai cuba terima dari segi yang positif.

6 comments:

FazMelati said...

hi Dya =) hati manusia ni macam2 kan,.. sabar jea la dengan orang macam tu,...

MizA said...

bertabahlah.. my ears and shoulder always yours..

♣DYA AL-AIEN♣ said...

MELATI:

hi awak..
yeah..
manusia ada macam2 ragam..
its ok for me..
maybe adalah sebab y dia macam marah dgn dya tu..
anyway hope explaination dya tu cukup utk buat dia paham.. :)

♣DYA AL-AIEN♣ said...

PUAN MIZA:

terima kasih kerana memahami.. ="(

w.a.n.i.e said...

sabar la dik...manusia hati pewut tak sama..darah same merah...

♣DYA AL-AIEN♣ said...

KAKAK WANIE:

rambut pun tak sama hitam..
kan akak kan..

Lilypie First Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers